Sunday, May 1, 2011
Apa Yang Terkandung Di Dalam Air Anda?
Air merupakan sebatian yang paling banyak di atas muka bumi yang kita diami ini. Selain udara yang kita sedut setiap hari, air juga sangat penting untuk membantu kehidupan. Bagaimanapun dengan kemunculan revolusi perindustrian, air minuman bersih yang bebas daripada bahan cemar semakin berkurangan. Kira-kira 1.1 bilion manusia tidak memperoleh bekalan air yang bersih mengakibatkan lebih daripada 5 juta orang mati disebabkan penyakit yang berkaitan dengan air setiap tahun.
Agak-agaknya selamat tak air minuman kita daripada pencemaran?
Pencemaran air disebabkan banyak faktor. Antaranya termasuk pencemaran daripada paip yang berkarat. Paip keluli tergalvani mempunyai jangka perkhidmatan kira-kira 30-50 tahun. Bagaimanapun, penggantiannya rumit dan menelan kos yang tinggi. Oleh itu, meskipun kerajaan telah melakukan usaha yang paling baik, paip air yang menghakis amat biasa ditemui di seluruh dunia. Karat yang terkumpul di dalam paip menyebabkan air keruh.
Kita akan kembali bercerita tentang air di dalam post yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment