
Hakikatnya, hanya segelintir sahaja di kalangan kita yang benar-benar terfikir untuk menyuburkan (dengan membekalkan makanan) sel badan kita. Sebaliknya, kita biasanya memberikan fokus pada badan dan pelbagai organ badan. Bagaimanapun, sel merupakan akar umbi segala fungsi badan dan bekalan tenaga. Tanpa membekalkan nutrisi yang optimum untuk sel, mustahil badan kita dapat berfungsi dengan unggul. Akibatnya, kita sering berhadapan dengan penyakit kronik.
Dengan melindungi sel daripada rosak, kita sebenarnya sedang melindungi diri kita daripada penyakit yang disebabkan oleh sel yang rosak dan tidak sihat. Perkara ini telah diteliti di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat bahawa haiwan kajian dengan DNA yang rosak sering menunjukkan jangka hidup yang merosot serta insiden kanser yang meningkat. Dalam satu mesyuarat di kalangan pakar Hospital Royal Free, London pada 1985 merumuskan bahawa sel yang rosak merupakan dalang di sebalik pelbagai penyakit yang tidak mudah berjangkit seperti kanser, kardiovaskular dan diabetes. Biasanya kerosakan ke atas sel adalah disebabkan oleh kehadiran radikal bebas dalam badan kita-daripada makanan dan minuman yang kita ambil kepada pencemaran persekitaran yang terdedah.
No comments:
Post a Comment