Lagi-lagi pasal air...hehe...
kenapa saya suka sangat cerita pasal air?
Takde sebab lain, hanya kerana air sangat-sangat penting dalam kehidupan kita....70% daripada badan kita terdiri daripada H2O (air)!
Pernah tak anda terfikir untuk mengikis mendapan mineral dari dalam paip dan memakannya untuk meningkatkan pengambilan mineral anda? Dah tentu jawapan anda TIDAK....
Mineral-mineral ini adalah dalam bentuk tidak organik dan tidak boleh dihadam dengan sempurna oleh badan kita. Pengambilannya mungkin akan mengakibatkan pembentukan batu karang ginjal dalam jangka panjang.
Begitu juga dengan mineral-mineral dalam air minuman yang tidak organik kerana ia berasal dari batu-batan terlarut.
Satu-satunya cara untuk menyingkirkan pencemar ini adalah dengan menggunakan teknologi penulenan air. Itulah sebab mengapa Osmosis Songsang digunakan di seluruh dunia oleh industri makanan dan minumam kerana ia menghasilkan air tulen tanpa apa-apa bahan cemar termasuk mineral, logam berat dan partikel-partikel halus seperti ubat-ubatan farmaseutikal.
No comments:
Post a Comment