Thursday, May 19, 2011

Sudahkah Anda Menggantikan Bateri Dalaman Anda?


Sel-sel badan kita ialah bateri biologikal-ia menyimpan tenaga elektrik yang memacukan kesemua aktiviti harian kita.

Kita menggantikan 24 bilion sel setiap hari, sambil mencipta sel-sel baru untuk menjana lebih tenaga dan kecergasan bagi kehidupan. Pembaharuan dan replikasi sel yang kerap adalah ditentukan oleh persekitaran dalaman badan, diaktifkan oleh elemen serta mineral surih yang menghubungkan setiap 'titik' bateri dalam sel.

Apabila bendalir dalaman ini tidak seimbang atau kekurangan elemen serta mineral surih yang penting, ia mungkin menyebabkan 'kepincangan' banyak fungsi di dalam badan kita.

Inilah sebabnya mengapa ia adalah penting untuk memelihara bendalir dalaman anda dengan Plasma Hidup yang terdiri daripada banyak elemen serta mineral surih yang biotersedia supaya bateri biologikal anda kekal bertenaga penuh.


Beberapa fungsi terpenting persekitaran dalaman badan:
  • Menghantar nutrien
  • Menyingkirkan sisa dan toksin
  • Perantara bagi semua tindak balas biokimia
  • Bertanggungjawab untuk pemineralan dan pengimbangan pH
  • Komunikasi selular
  • Pengutusan neurologikal
  • 'Membaca' persekitaran luaran

No comments:

Post a Comment