Sunday, May 22, 2011

MAKANAN UNGGUL





Mencapai kesihatan optimal pada amnya bergantung kepada makanan yang kita ambil setiap hari yang memenuhi semua keperluan anda.

Malangnya, kebanyakan makanan yang kita ambil setiap hari seperti nasi, roti, mi, daging, makanan laut, makanan dan minuman yang diproses adalah berasid yang boleh mengakibatkan peningkatan risiko penyakit kronik!

Pakar mengesyorkan agar kita makan 9-17 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari, tetapi ia hampir mustahil untuk mengambil jumlah ini. Justeru, ramai yang berpaling kepada multivitamin untuk memenuhi jurang nutrisi dalam pemakanan kita. Tetapi adakah kita tahu nutrien mana yang kurang dalam badan kita?

Penyelesaian terbaik adalah dengan mengambil makanan unggul semulajadi yang mengandungi konsentrasi nutrien tinggi dalam bentuk biotersedia. Mudah dihadam, spirulina merupakan satu daripada 'superfood' yang mempunyai nutrien yang seimbang dengan keperluan badan kita.

Elken Sprulina-makanan tambahan semulajadi semua dalam satu multivitamin, multimineral dan protein untuk seluruh keluarga:
  • 100% makanan organik
  • 100% makanan bersifat alkali
  • Mengandungi 60 nutrien termasuk 46 nutrien perlu
  • Tinggi dalam protein tumbuhan tanpa lemak trans atau kolesterol
  • Disahkan berfaedah untuk kesihatan oleh Persatuan Makanan Kesihatan Jepun
  • Menerima banyak anugerah antarabangsa
  • Dipupuk dalam kolam penanaman bersih pertama di dunia
  • Dipercayai selama lebih 15 tahun






Saturday, May 21, 2011

Adakah Anda Minum Air Atau 'Makan Batu-Batan'?

Lagi-lagi pasal air...hehe...
kenapa saya suka sangat cerita pasal air?
Takde sebab lain, hanya kerana air sangat-sangat penting dalam kehidupan kita....70% daripada badan kita terdiri daripada H2O (air)!

Pernah tak anda terfikir untuk mengikis mendapan mineral dari dalam paip dan memakannya untuk meningkatkan pengambilan mineral anda? Dah tentu jawapan anda TIDAK....

Mineral-mineral ini adalah dalam bentuk tidak organik dan tidak boleh dihadam dengan sempurna oleh badan kita. Pengambilannya mungkin akan mengakibatkan pembentukan batu karang ginjal dalam jangka panjang.

Begitu juga dengan mineral-mineral dalam air minuman yang tidak organik kerana ia berasal dari batu-batan terlarut.

Satu-satunya cara untuk menyingkirkan pencemar ini adalah dengan menggunakan teknologi penulenan air. Itulah sebab mengapa Osmosis Songsang digunakan di seluruh dunia oleh industri makanan dan minumam kerana ia menghasilkan air tulen tanpa apa-apa bahan cemar termasuk mineral, logam berat dan partikel-partikel halus seperti ubat-ubatan farmaseutikal.

Thursday, May 19, 2011

Sudahkah Anda Menggantikan Bateri Dalaman Anda?


Sel-sel badan kita ialah bateri biologikal-ia menyimpan tenaga elektrik yang memacukan kesemua aktiviti harian kita.

Kita menggantikan 24 bilion sel setiap hari, sambil mencipta sel-sel baru untuk menjana lebih tenaga dan kecergasan bagi kehidupan. Pembaharuan dan replikasi sel yang kerap adalah ditentukan oleh persekitaran dalaman badan, diaktifkan oleh elemen serta mineral surih yang menghubungkan setiap 'titik' bateri dalam sel.

Apabila bendalir dalaman ini tidak seimbang atau kekurangan elemen serta mineral surih yang penting, ia mungkin menyebabkan 'kepincangan' banyak fungsi di dalam badan kita.

Inilah sebabnya mengapa ia adalah penting untuk memelihara bendalir dalaman anda dengan Plasma Hidup yang terdiri daripada banyak elemen serta mineral surih yang biotersedia supaya bateri biologikal anda kekal bertenaga penuh.


Beberapa fungsi terpenting persekitaran dalaman badan:
  • Menghantar nutrien
  • Menyingkirkan sisa dan toksin
  • Perantara bagi semua tindak balas biokimia
  • Bertanggungjawab untuk pemineralan dan pengimbangan pH
  • Komunikasi selular
  • Pengutusan neurologikal
  • 'Membaca' persekitaran luaran

Wednesday, May 18, 2011

Adakah Air Anda Cukup Bersih Untuk Diminum dan Diguna?


Post saya kali ini adalah sambungan kepada post saya sebelum ini, berkaitan air..
Pada hakikatnya, air sejernih kristal dari paip kita mungkin telah dicemari oleh bahan-bahan buangan dari kawasan perumahan, perindustrian dan pertanian. Bahan-bahan pencemar ini berakhir di sungai kita, di mana air diekstrak dan dirawat di loji pemprosesan sebelum disalurkan balik ke rumah kita!

Walaupun air paip telah ditapis dan diklorin untuk membunuh bakteria dan virus, proses ini tidak menyingkirkan kebanyakan bahan kimia sintesis dan bahan pencemar bukan organik, termasuk mineral berbahaya seperti nitrat dan nitrit. Sepastinya, penggunaan jangka panjang air ini berpotensi mengakibatkan bencana.

Sama ada untuk diminum atau untuk kegunaan rumah, air yang bersih dan sihat merupakan asas kehidupan yang panjang, sihat dan berkualiti. Dengan sistem penulenan Osmosis Songsang (RO) anda akan dapat menikmati air tulen untuk diminum dan dengan sistem penapisan luaran (Sistem Titik Kemasukan) anda mendapat air yang bersih untuk diguna.

Monday, May 16, 2011

Kesihatan Yang Komprehensif Bermula Daripada Nutrisi Sel

Sel merupakan unit asas segala benda hidup. Semua organ terbentuk daripada satu atau lebih sel. Badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel yang berfungsi setiap saat. Oleh itu, kita harus memastikan dalam badan kita sentiasa dalam keadaan sihat supaya kehidupan harian kita tidak terganggu. Kita harus memastikan bahawa sel kita menerima nutrisi, dilindungi dan kekal dalam suatu persekitaran yang seimbang.

Hakikatnya, hanya segelintir sahaja di kalangan kita yang benar-benar terfikir untuk menyuburkan (dengan membekalkan makanan) sel badan kita. Sebaliknya, kita biasanya memberikan fokus pada badan dan pelbagai organ badan. Bagaimanapun, sel merupakan akar umbi segala fungsi badan dan bekalan tenaga. Tanpa membekalkan nutrisi yang optimum untuk sel, mustahil badan kita dapat berfungsi dengan unggul. Akibatnya, kita sering berhadapan dengan penyakit kronik.

Dengan melindungi sel daripada rosak, kita sebenarnya sedang melindungi diri kita daripada penyakit yang disebabkan oleh sel yang rosak dan tidak sihat. Perkara ini telah diteliti di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat bahawa haiwan kajian dengan DNA yang rosak sering menunjukkan jangka hidup yang merosot serta insiden kanser yang meningkat. Dalam satu mesyuarat di kalangan pakar Hospital Royal Free, London pada 1985 merumuskan bahawa sel yang rosak merupakan dalang di sebalik pelbagai penyakit yang tidak mudah berjangkit seperti kanser, kardiovaskular dan diabetes. Biasanya kerosakan ke atas sel adalah disebabkan oleh kehadiran radikal bebas dalam badan kita-daripada makanan dan minuman yang kita ambil kepada pencemaran persekitaran yang terdedah.

Sunday, May 15, 2011

Lebih Baik Daripada BOTOX


BOTOX :
  • Ubat yang diperbuat daripada sejenis toksin yang dihasilkan oleh bakteria!
  • Mengganggu impuls saraf dan melumpuhkan otot
  • Disuntik dengan jarum halus
  • Rawatan susulan setiap 4-6 bulan
  • Kesan sampingan termasuk lebam, sakit kepala, kelopak mata kuyu, kesakitan dan otot lemah
Bayangkan satu peralatan rumah yang menjana haba, getaran dan gelombang elektromagnetik yang menembus jauh untuk memperbaharui kulit dari dalam. Boleh juga menghilangkan kedutan, kulit melendut, kulit kering atau kasar, akne dan pigmentasi hanya dengan menggunakan Eternal Beauty selama 10 minit setiap hari. Tak perlu mendapatkan suntikan atau rawatan salon yang mahal, perbaharui kulit hanya dalam keselesaan rumah.

ETERNAL BEAUTY:
  • Pengurut kesihatan & kecantikan diintegrasi
  • 4 teknologi berfungsi secara sinergistik untuk meningkatkan tekstur, warna dan keserian kulit:
  1. Ultrabunyi
  2. Sinar Inframerah Jauh (FIR)
  3. Anion
  4. Germanium
  • Mengurut muka bersama dengan produk-produk penjagaan kulit
  • Digunakan 10 minit setiap hari
  • Tiada kesan sampingan

Sunday, May 1, 2011

INFO SIHAT: 2 Bilion Dijangkiti Batuk Kering

Terdapat lebih dua bilion penduduk penduduk di seluruh dunia yang dijangkiti batuk kering atau tubercles bacillus (TB) di mana sembilan juta daripada mereka mempunyai jangkitan yang aktif. Sekiranya tidak dikesan, penyakit yang disebabkan oleh Mycobacterium Tubeculosis ini boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dikenali sebagai penyakit zaman dulu, batuk kering membunuh lebih ramai mangsa berbanding penyakit-penyakit lain dalam sejarah. Hari ini, setiap empat minit satu nyawa melayang akibat TB!